Monday, July 18, 2011

Larian 1M1S

Pada 05hb Julai 2011 iaitu hari Selasa, SMU(A) Tarbiah Islamiah (SABK) Kg.Lepah Pasir Puteh Kelantan telah melaksanakan Program Larian Serentak 1Murid 1Sukan (1M1S) 1Malaysia Peringkat Sekolah sepertimana yang telah diarahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk makluman acara larian serentak ini telah mendapat sambutan hangat dikalangan warga sekolah kerana aktiviti seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama pelajar, guru dan kakitangan sekolah malah turut melatih semua yang terlibat untuk menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.



Friday, January 28, 2011

Demonstrasi Kebakaran Tahun 2011

Rupa Baru SMUTIL

Kepada sesiapa yang masih belum lagi mengenali sekolah kami iaitu SMU(A) Tarbiah Islamiah Kg.Lepah Selising, anda bolehlah melihat rupa baru sekolah kami. Penuh dengan keceriaan dan persekitaran yang kondusif untuk para pelajar kami belajar dengan selesa sekali. Sukacita pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Smutil kerana sama-sama memajukan sekolah yang dulunya kurang dikenali. Namun begitu, langkah kami masih jauh ke hadapan jadi kita tinggalkan dulu yang lama dan kita majukan yang sekarang demi anak didik Smutil yang tercinta.





Friday, January 7, 2011

Selamat Menempuh Alam Persekolahan 2011


Alhamdulillah, nampaknya tahun ini membawa seribu rahmat buat Smutil, adalah menjadi kewajiban buat kami warga Smutil mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana sudi menyokong perkembangan pendidikan dan kemajuan sekolah ini. Nampaknya, tahun 2011 ini telah menyaksikan berlakunya pertambahan pelajar di sini.Namun, paling penting sekali ialah ucapan "Tahniah" kepada para pelajar yang telah berjaya dalam PMR dan PMRU yang mana keputusan telah pun diumumkan baru-baru ini. Semoga prestasi sekolah dan para pelajar kami tahun ini akan lebih cemerlang dan gemilang.INSYAALLAH..

HASRAT DAN HARAPAN SEKOLAH

Terlebih dahulu pihak sekolah ingin menyatakan rasa bangga dan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah memilih SMU (A) tarbiah Islamiah ini sebagai salah sebuah sekolah bantuan kerajaan pada 12 Ogos 2008 yang lalu. Maka pihak sekolah menaruh setinggi-tinggi harapan untuk menjadi lebih maju dan cemerlang setanding dengan sekolah-sekolah Kementerian Malaysia.

Bagi mencapai hasrat tersebut pihak sekolah memerlukan sokongan dan bantuan daripada pihak kerajaan untuk memenuhi keperluan pembelajaran dan pengajaran yang mana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, sama ada buku teks, buku rujukan, majalah, makmal sains yang lengkap, makmal bahasa yang canggih atau bengkel yang mempunyai kelengkapan yang cukup serta dilengkapi oleh teknologi multimedia terkini yang bermaklumat demi mencapai tahap keupayaan dan kebolehan yang lebih tinggi bagi semua pelajar.

Selain daripada keperluan pembelajaran dan pengajaran yang lengkap dan mencukupi, suasana dan persekitaran sekolah juga perlulah berada dalam keadaan yang baik dimana dapat menarik minat pelajar untuk rajin belajar dan berasa seronok bersekolah. Persekitaran sekolah hendaklah sentiasa berkeadaan bersih, dihiasi pelbagai keindahan seperti landskap yang cantik dengan pelbagai tumbuhan dan ukiran yang dapat dijadikan daya penarik.

Disamping itu, peranan guru adalah sangat penting dalam membimbing dan mendidik pelajar sehingga berjaya. Maka guru mestilah dari kalangan guru-guru yang terlatih, cerdik, pintar, mempunyai kemahiran dan pengalaman yang baik serta sentiasa bersedia dan beretika demi melahirkan pelajar yang cergas, cerdas, dan cemerlang dalam akademik dan bermoral tinggi. Justeru itu, anjuran kursus-kursus seperti kursus teknik pengajaran yang berkesan daripada pihak kementerian sangat diperlukan oleh guru-guru di sekolah bantuan kerajaan. Ini adalah bertujuan bagi memantapkan lagi kemahiran teknik-teknik mengajar dengan berkesan dikalangan tenaga pengajar di sekolah SABK.

Akhir sekali, pihak sekolah berharap dengan adanya sokongan dan bantuan daripada pihak kerajaan segala hasrat yang ingin dicapai oleh kami selaku warga sekolah akan menjadi satu kenyataan dimasa akan datang. Insya Allah….

Segala yang baik datangnya dari yang Maha Kuasa dan segala yang buruk adalah dari kelemahan kami sediri.



To accomplish great things, we must not only act, but also dream not only plan, but also believe.
- Anatole France-

Wednesday, March 10, 2010

Barisan Pengetua dulu dan Sekarang

Dulu dan Sekarang

Bangunan Lama Sekolah Sebelum diubahsuai




Bangunan Sekolah Sekarang


Lagu Sekolah Kami

TARBIAH ISLAMIAH BERTUAH

MEGAH BERDIRI TARBIAH ISLAMIAH
MEMAYUNGI PUTERA DAN PUTERI
MENJAYAKAN WAWASAN MURNI
TARBIAH ISLAMIAH KAMI BERJANJI

MELANGKAH GAGAH TARBIAH ISLAMIAH BERTUAH
MARA MENDUKUNG CITA
BERGANDING MEMBANGUN NEGARA
DUNIA IT DITEROKA

TUJULAH BERSATU ERAT
MAJULAH TINGKAT MARTABAT
SEMANGAT BERKOBAR JIWA MERDEKA
RAHMAT MELIMPAH TARBIAH ISLAMIAH BERJAYA

PENGETAHUAN TANGGA KEJAYAAN
TARBIAH ISLAMIAH TERSOHOR SEPANJANG ZAMAN
AZIMAT TERPAHAT KUKUH MEMBARA
MUAFAKAT LUHUR INSAN MULIA