SMU (A) Tarbiah Islamiah telah diasaskan pada tahun 1958 dan telah melahirkan ramai cendikiawan yang terkemuka. Sehingga kini terdapat ramai mahasiswa yang sedang menuntut di IPTA-IPTS tempatan dan luar negara. Pendidikan sekolah ini mengamalkan dua kurikulum serentak iaitu Al-Azhar dan Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Al-Azhar membolehkan para pelajar menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU),Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Manakala, Kurikulum Kebangsaan membolehkan para pelajar YIK mengambil peperiksaan PMR,SPM dan STPM.
Pada awal penubuhannya, tenaga pengajar SMU (A) Tarbiah Islamiah terdiri daripada guru-guru agama lepasan Nilam Puri. Sehingga kini, dengan kemajuan sistem pendidikan sekarang tenaga pengajarnya telah bertambah kepada guru-guru lepasan universiti-universiti tempatan dan juga luar negara iaitu Universiti Al-Azhar, Universiti
Pada 12 Ogos 2008, perjanjian persefahaman di antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih SMU (A) Tarbiah Islamiah, Kampung Lepah sebagai salah satu daripada 20 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) untuk didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaaan (SABK). Ini bertujuan untuk memperkasakan lagi sekolah-sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan supaya tidak ketinggalan dalam semua aspek.
ASAL USUL NAMA SEKOLAH
SMU(A) Tarbiah Islamiah, pada awalnya ditubuhkan di tapak asal masjid Kg. Lepah pada tahun 1958 dengan nama Madrasah Tarbiah Islamiah dan diasaskan oleh Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hj. Ahmad. Lebih kurang setahun kemudian, sekolah ini dipindahkan ke tapak sekarang iaitu di atas sebidang tanah wakaf Lot No. 829, Kg. Lepah dan bangunan asalnya telah dirobohkan
Kemudian pada tahun 1974, madrasah ini diambil alih oleh Jabatan Sekolah Agama (JASA) dan dibiayai oleh JASA. Madrasah ini kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada tahun 1978 dan ditukar nama kepada Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Islamiah, Kg. Lepah. Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Menteri Besar Kelantan YAB. Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 19 Januari 1995 bersamaan dengan 17 Syaaban 1415H.
BARISAN PENGETUA LAMA DAN BARU
CARTA ORGANISASI SMUTIL
VISI DAN MISI
VISI SEKOLAH
• Mendidik pelajar dengan sahsiah muslim sejati.
• Memberi ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi.
• Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sakhsiah dan
kepimpinan
• Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai
bidang ilmu di dalam dan luar negara.
MISI SEKOLAH
• Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan ko-kurikulum .
• Melahirkan pelajar yang berakhlak dan berbudi pekerti terpuji .
• Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
• Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran
globalisasi
• Menyediakan pelajar supaya dapat memberi sumbangan berkesan kepada agama,
bangsa dan negara
LOGO SEKOLAH
HIJAU
Melambangkan pendidikan yang mengutamakan ajaran agama islam dalam mendidik pelajar dengan akhlak dan nilai-nilai murni yang baik.
MERAH
Keberanian dan ketegasan dalam menyahut cabaran mendidik dan
membimbing pelajar untuk terus maju ke hadapan.
PUTIH
Melambangkan kesucian dan kemurnian akhlak pelajar.
KUNING
Melambangkan kedaulatan raja dan Negara.
BENDERA SEKOLAH
HIJAU ( LENCANA)
Melambangkan pendidikan yang mengutamakan ajaran agama islam dalam mendidik pelajar dengan akhlak dan nilai-nilai murni yang baik.
MERAH
Keberanian dan ketegasan dalam menyahut cabaran mendidik dan
membimbing pelajar untuk terus maju ke hadapan.
PUTIH
Melambangkan kesucian dan kemurnian akhlak pelajar.
KUNING
Melambangkan kedaulatan raja dan Negara.
TARBIAH ISLAMIAH BERTUAH
MEGAH BERDIRI TARBIAH ISLAMIAH
MEMAYUNGI PUTERA DAN PUTERI
MENJAYAKAN WAWASAN MURNI
TARBIAH ISLAMIAH KAMI BERJANJI
MELANGKAH GAGAH TARBIAH ISLAMIAH BERTUAH
MARA MENDUKUNG CITA
BERGANDING MEMBANGUN NEGARA
DUNIA IT DITEROKA
TUJULAH BERSATU ERAT
MAJULAH TINGKAT MARTABAT
SEMANGAT BERKOBAR JIWA MERDEKA
RAHMAT MELIMPAH TARBIAH ISLAMIAH BERJAYA
PENGETAHUAN TANGGA KEJAYAAN
TARBIAH ISLAMIAH TERSOHOR SEPANJANG ZAMAN
AZIMAT TERPAHAT KUKUH MEMBARA
MUAFAKAT LUHUR INSAN MULIA