Terlebih dahulu pihak sekolah ingin menyatakan rasa bangga dan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah memilih SMU (A) tarbiah Islamiah ini sebagai salah sebuah sekolah bantuan kerajaan pada 12 Ogos 2008 yang lalu. Maka pihak sekolah menaruh setinggi-tinggi harapan untuk menjadi lebih maju dan cemerlang setanding dengan sekolah-sekolah Kementerian Malaysia.
Bagi mencapai hasrat tersebut pihak sekolah memerlukan sokongan dan bantuan daripada pihak kerajaan untuk memenuhi keperluan pembelajaran dan pengajaran yang mana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, sama ada buku teks, buku rujukan, majalah, makmal sains yang lengkap, makmal bahasa yang canggih atau bengkel yang mempunyai kelengkapan yang cukup serta dilengkapi oleh teknologi multimedia terkini yang bermaklumat demi mencapai tahap keupayaan dan kebolehan yang lebih tinggi bagi semua pelajar.
Selain daripada keperluan pembelajaran dan pengajaran yang lengkap dan mencukupi, suasana dan persekitaran sekolah juga perlulah berada dalam keadaan yang baik dimana dapat menarik minat pelajar untuk rajin belajar dan berasa seronok bersekolah. Persekitaran sekolah hendaklah sentiasa berkeadaan bersih, dihiasi pelbagai keindahan seperti landskap yang cantik dengan pelbagai tumbuhan dan ukiran yang dapat dijadikan daya penarik.
Disamping itu, peranan guru adalah sangat penting dalam membimbing dan mendidik pelajar sehingga berjaya. Maka guru mestilah dari kalangan guru-guru yang terlatih, cerdik, pintar, mempunyai kemahiran dan pengalaman yang baik serta sentiasa bersedia dan beretika demi melahirkan pelajar yang cergas, cerdas, dan cemerlang dalam akademik dan bermoral tinggi. Justeru itu, anjuran kursus-kursus seperti kursus teknik pengajaran yang berkesan daripada pihak kementerian sangat diperlukan oleh guru-guru di sekolah bantuan kerajaan. Ini adalah bertujuan bagi memantapkan lagi kemahiran teknik-teknik mengajar dengan berkesan dikalangan tenaga pengajar di sekolah SABK.
Akhir sekali, pihak sekolah berharap dengan adanya sokongan dan bantuan daripada pihak kerajaan segala hasrat yang ingin dicapai oleh kami selaku warga sekolah akan menjadi satu kenyataan dimasa akan datang. Insya Allah….
Segala yang baik datangnya dari yang Maha Kuasa dan segala yang buruk adalah dari kelemahan kami sediri.
To accomplish great things, we must not only act, but also dream not only plan, but also believe.
- Anatole France-
No comments:
Post a Comment